Tuesday, June 14, 2016

Newborn, NICU, Jaundice and Postnatal

malam pertama beberapa jam selepas selamat bersalin so far baik je walaupun mata tak boleh lelap langsung. anak tidur lena..

seawal pukul 5 pagi nurse dah round letak fail atas meja
pukul 6.30 husband datang melawat sekejap.. so amik kesempatan untuk bersih and siapkan diri
then dia balik untuk ambil anak and tanam uri

lepastu seawal pukul 7 doc dah round clerking pesakit..
pukul 8 mata dah ngantuk giler

pukul 9 doc pakar round..

pukul 11 mata dah mula ngantuk sbb x tido semalaman

tertidur kejap.. tapi tak lena sbb baby jaga

pukul 12 waktu melawat mak mertua and adik ipar datang melawat

husband dan anak tunggu dalam kereta..

ingatkan boleh balik dah.. tak boleh lagi sebab paed nak check baby lagi n kene tgk bsp baby..

adeh..

bermalam lagi kat ward.. dh la dapat ward kelas ke 3 sbb dah penuh kan.. dah nak bersalin situ sangat terpaksa la hadap..

petang terpaksa tidur ayam.. sbb nya baby duk jaga.. aku suspek susu x keluar..sbb lekapan mulut ok..

 bila ditekan keluar yg cair mcm air je..bkn kuning collestrum tu..

duk google mcmne urutan bagi keluar collestrum tu.. aku buat tak jadi.. kepala otak dah tting tong semacam kecewa pn ada.. takkan pisang berbuah dua kali.. tp aku ckp dgn diri sendiri tak boleh jadi ni. kene usaha jgk.. no formula no give in..

malam tu mmg nightmare.. tak boleh tido langsung! 2 hari tak tido..

sampaikan aku terpaksa bagi jari kelingking utk bagi baby berhenti menangis..

tgh malam aku whatsapp husband bawakan pam ke hospital aku nak pam bg sampai keluar susu..

hari ke 3 di ward... pagi tu husband datang melawat.. aku bangun pergi mandi and siapkan diri sebab awal pagi doc akan round

lepastu bila doc pakar round dtg dia tanya eh belum discharge ke.. pastu MO explain kat doc kenapa tak blh balik lg.. rupnya bukan pasal nak check BSP tp sebab ada something wrong yang dia dengar dari degupan jantung baby n dia nk dengar lg ada ke takda..

apa yg doc pakar explain mcm nothing big nothing prob..

pukul 10 nurse dtg amik baby katanya nak paed nak check.. what can i do is just pray that nothing happen, nothing abnormal to my baby..

then nurse datang balik,

puan. baby kena masuk NICU sebab paed masih dengar something wrong dgn jantung dia.. saya perlukan pampers n babywipes.. nnt pukul 12 waktu melawat puan boleh minta husband tolak naik kerusi roda ke NICU,,

bercucuran air mata beb.. sedih giler. apa jadi kat anak aku.. terbaring menangis kat katil.. call husband tak dapat2..last mata dah tak leh tahan nk tertutup.. just leave him a message.. and at the same time aku mesej kakak kat seremban suruh datang hari ni juga nk suruh dia urut kat hospital jgk bagi sampai keluar susu.. sbb aku google sometime even pam pn collestrum terlalu pekat n takkan keluar walaupun kita pam!

pukul 12 husband datang n dia ckp sorry tak tgk hp.. dia tanya cmne baby.. aku ckp aku tak pasti.. aku minta dia suruh tanya nurse..

lepastu dia bawak kerusi roda katanya nak tolak ke NICU
sampai sana.. kebetulan doc tgh check baby..

baby demam 38 celcius
develop jaundis

doc bgtau underfeeding.. aku dengan tegasnya cakap susu saya BELUM keluar bukannya takda..
tapi doc kata dia akan bg formula jugak incase tak cukup.. n dia minta aku pam n bekalkan susu.
nurse amik baby masuk dlm bilik utk check darah ke apa tah and aku ditinggalkan terkontang kanting situ tanpa explanation. menangis kot takut risau semua ada.. ibu mana tak sedih anak dia tiba2 jadi cmtu

pukul 2 waktu melawat utk ayah kat NICU dah habis. jadi husband pn tolak balik masuk ward

then aku baring terus tertido..husband pergi belikan nasi n sup ayam since waktu makan dah habis..

tak lama doc round lg.. dia ckp puan boleh balik tapi anak kena tahan NICU ye..

aku terus call husband bgtau yg aku dah boleh balik.. yeay..

dokumen discharge dah ready by 3+++ pm, jadi husband pn kemaskan beg n tolak aku ke NICU utk teman baby sampai kakak sampai.. dalam pukul 4 lebih kakak mesej sampai kat komuter serdang.. husband pergi amik.

aku try pam mmg air jernih je keluar.. collestrum tarak..

tapi i talked to my baby.. takpe balik ni mama urut smpai keluar susu.. malam ni jugak mama bekalkan awak susu

pkul 5 waktu melawat NICU utk si ayah..
n kebetulan paed round n husband terus panggil utk tau apa sebenarnya jadi..

doc pn explain clearly.. yang baby demam masa pagi td..38 celcius. newborn demam sgt bahaya jadi kami start antibiotik.. amik masa 3, 5 atau seminggu utk habiskan ubat..

then kami tgk dia ada kuning.. tapi result belum tau lg.. jadi kami letakkan dia bawah lampu
and pasal bunyi kat jantung.. doc akan xray esok tuk tau apa jadi.. sbb degupan tu laju sangat.. hopefully nothing serious.. dia bg nasihat. kami perlukan susu mama.. jd mama tlg pam n bg pada nurse.. ayah pn tlg mama bg dia makan berkhasiat n jgn bg dia stress..

ayat paed tu sangat berhemah n lembut buat aku rasa xda risau sgt..

aku pun keluar , jumpa kakak kt luar n cakap urut kat rumah jela sbb dah discharge..
sampai rumah nak dekat maghrib.. terima kasib mak mertua n adik ipar kat rumah tlg jaga anak sementara nak discharge ni

kakak terus urut bagi keluar susu.. memang sakit tahap apa.. lepas dia urut tahap mega sakit tu.. keluar terus cecair kuning pekat tu,,  tak lama tu azan n sementara nk tunggu abis urut husband bagi kakak kurma n air laici..

dah siap aku pun mandi n makan

kakak nak balik malam tu jugak so hantar ke komuter shah alam

aku pun terus pam n dpt 1 oz lpstu pukul 10 pn 1 oz lagi..

pukul 12am lps anak tido husband pi serdang hantar susu tu

aku set alarm tiap 3 jam bangun utk pam susu.. dpt la 1 oz each session..

pagi esok pukul 10am aku sampai hosp.. letak susu dalam peti n dtg tgk baby then breastfeed..

kesian tgk baby dlm cot sorang2.. then lampu dah takda.. nurse ckp kuning dia tak tinggi..aku stay  sampai petang dlm pukul 5 baru balik rumah. tgh malam husband hantar lg susu..


rutin ni berjalan selama 3 hari 3 malam




 mama ayah n baby kt NICU


12/6/16 datang pagi2 nurse kata boleh balik dah.. doc bagi antibiotik 3 hari je..n doc tak buat xray tu sbb dia x dengar yg abnormal lg.. dia dah ok..cuma doc bg simptom2 yg bahaya utk dtg hosp balik

happy giler.. tp sbb husband hantar terus balik rumah jadi aku stay sampai pukul 12.. breastfeed + pam n tidur kat tempat yang dia sediakan utk ibu..

 susu perahan makin meningkt.. dh naik jd 2 oz utk one side.. alhamdulillah


yeay dh blh discharge

pkul 12 lebih husband datang dengan anak (since weekend tak hantar anak ke nursery)

settle bayaran n dokumen utk discharge..

ni la report doc tulis.. jaundis tu naik sikit lepas duduk bawah lampu and its normal.. doc suruh sambung check kat KKIA



yeay jom balik rumah baby zahin!


Monday, June 13, 2016

My 2nd Wonderful Labor Experience Part 2

4. 30pm : safely arrived at PAC Hospital Serdang

tadah telinga kena bebel dengan orang kat kaunter.. dia cakap alamat shah alam apasal tak bersalin hosp shah alam.  dia mcm marah giler kat kitorang.. dia kata ward penuh masih ada menunggu la itu ini.. ( rasa dah immune sbb dengar benda yang sama je kat PAC dari anak 1st dulu)

dia marah sebab dah 3 cm masih berani datang jauh2 ke serdang. kalau jadi apa2 masa perjalanan mcm mana. mesti awak salahkan hosp serdang.

ini dah bukak 3 cm kandungan ke 4 anak ke 2. kami tak boleh tolak dah la.. nanti kang kalau saya tolak awk ke kajang apa2 jadi tengah jalan, awak salahkan kami. tau dah..

diam je. jangan buat dosa nak bersalin ni.. layan je.. yang penting nak bersalin situ jugak!

muka dia ketat giler.. macam menyampah sangat tengok kita ni..

text kakak yg kerja doc.. dia kata biarkan aje.. actually hak kita nak bersalin kat mana2 hospital pun.. dia tak boleh halang. lagipun hosp shah alam baru lg.. fasilities n kakitangan tak cukup lagi. azah ada history labor yg kurang baik. jadi apa2 susah,,


hmm. tak lama tu nurse panggil masuk dalam..

nurse mcm pandang slek je kat kita.. sedih gak masa tu..huhu

lps check bp, check urin.. doc panggil untuk check CTG..

lepastu VE by seorang doc pelatih india. dia tak bagi tau pulak berapa cm..

tak lama sorang doc perempuan melayu kecik2 datang check..rasanya MO. wah VE dia mengancam giler..hahha.. dia godek2.. dan dia kata ok boleh masuk LR dah 5cm.. prepare AROM..

i was like.. oii cepatnya dah nak pecahkan ketuban.. dulu masa dah masuk LR baru dia pecahkan..

tak sempat pikir apa dh tetiba dia dah pecahkan.. basah atas katil

ok liquid clear..
nurse dtg bawak baju pink suruh tukar n tunggu kejap kita akan hantar ke LR

jumpa husband kat luar dia tegur eh dah salin baju uniform dah..  pass baju kat dia, bagitau dah 5 cm.. nak tolak dalam LR ni... husband nak pass handphone.. tp tgh charge.. cakap takpela..

masuk dlm balik.. lpstu dah rasa tak selesa..kain dah basah. i was forced to sit on the chair.. contraction pn rasa dah kerap

lpstu teringat belum mintak maaf dgn suami lg.. nak keluar kejap tetiba nurse panggil..

eh dah basah kain.. letak dia atas katil la.

5.30 pm: ditolak ke LR..

tak sempat uols nak jumpa husband.. masa tu duk fikir harap sempat jumpa dalam LR nanti

sampai LR pindah katil doc masuk check itu ini.. CTG strapped..

doc estimate berat bayi 3.4-3.6.. masa tu fikir alamak besarnya..tak nak besar2..

jantung baby tak cantik.. baby tidur. jadi nurse keja suruh ke kiri.. kejap terlentang.. kejap suruh goyang kaki.. heart baby reach 160bpm. jadi doc tanya awak demam ke? sbb demam boleh jantung baby laju..

lepastu kertas yang ctg duk print nurse pn tarik bila bacaan dah cantik.. wah dah makin kuat contraction dia



ni ctg graph yang sempat aku snap dalam fail pesakit sebelum doc round. yg atas heartbaby baby. yg bawah tu contraction. tak tau nak  baca camne.. kalau sapa tau, bagitau saya kat comment bawah k.. hihi

banyak kali mesin ctg error samada tak boleh bacaan jantung bayi ataupun graph tu tak cantik..

pukul 6 lebih doc datang and tgk jantung bayi x cantik lagi.. dia buat VE utk kacau baby dari tidur.. serius 1st time dengar.. mmg sakit dia buat tu tanpa belas kot plus dgn contraction lagi..haha.. tp suprisely mmg jantung baby naik balik.. pastu dia gelak ngn kawan dia siap cakap good idea! haha hampeh..

contraction makin kuat dan makin sakit. setiap 5-10 minit sekali.. masa contraction datang, aku tak panik mcm dlu dah.. just tarik nafas panjang kemudia lepaskan perlahan-lahan.. memang membantu..

sempat telan kurma sebijik.. air seteguk.. surah maryam khatam sekali.. tu pun masa menahan contraction terhilang plak last bacaan kat mana..hehe

contraction makin kuat, aku tak tahan then mengiring ke kanan suruh husband gosok belakang.. lepas dah xda contraction turn baring terlentang semula.. sbb mesin ctg tu asyik bunyi je..

pukul 7 lebih midwife masuk tgk aku mengiring ke kanan ( masa tu contraction) dia suruh baring elok2.. dia kata sakit bersalin memang sakit.. istighfar banyak2, tarik nafas panjang..

husband tanya midwife lama lagi ke agak2 ye.. ( masa tu nak berbuka dah). nurse pun tak berani cakap. dia kata ada yang cpt ada yang lambat,, biasa cepat sbb dah yang kedua kan..

azan berbunyi.. i asked my husband to break his fast first.. takpelah pergi la makan dlu.. but my husband refused. instead he just eat my dates and drink water..

7.45 aku suruh dia keluar pergi solat maghrib.. dia pun mcm teragak-agak
lepas dia keluar dari bilik mmg contraction tak berhenti.. bersambung-sambung..mcm tak da rehat dah rasa..haha

pukul 8 dia masuk semula..rasa lega..

lepastu  aku cakap dgn doc yg kebetulan masuk. saya nak kencing doc.

doc buat VE and she said still 5 cm.. (dari pukul 430 sampai 8malam ni masih 5? ) frust masa tu..
next doc buat procedur utk keluarkan air kencing tu.. kenapa kali ni sakit betul dia buat.. previous takda sakit lgsg.. siap 3x kena masa dulu.

suami bacakan yassin utk aku.. setiap kali contraction datang aku genggam tangan dia kuat giler..
tgk jam.. bila nak bersalin ni.. kesian anak kat taska.. dari pagi sampai ke malam.. terasa sedih kot masa tu.. tinggalkan anak lama2 mcm anak tak da mak ayah..

pukul 8.30 midwife masuk amik graph ctg.. lagi sekali aku marah sebab mengiring ke kanan.. haha.. seriusly tu je cara aku nak kurangkan sakit masa tu.. dia kata ctg x cantik. awak baring mcm ni tekan jantung baby.. nnt baby lemah..

actually bukan sepanjang masa mengiring ke kanan.. masa sakit je. tp time tengah mengiring la dia masuk..

doc tarik kertas graph n tanya awak nak pain killer ke? aku laju cakap nak.. haaha
dia tanya ada rasa nak teran tak.. kalau ada panggil kita eh

8.40 -  mmg tak tahan giler sakit tu.. semiint sekali n berterusan. takda sela masa langsung..
time tu rasa nak pitam, nak pengsan, nak muntah...
dalam hati duk tanya mana nurse ni kata nak bagi painkiller.. tak tahan sakit ni..

8.45 - contraction datang bersama surge nak teran.. tapi aku buat tak tahu je sbbnya tadi baru check 5cm kan

8.50 - terasa lagi contraction n surge teran tu. yg ni tak tertahan.. aku cakap kat husb.. tak tahan tlg panggil doc..

husband cpt2 keluar kat pintu n panggi doc tolong tengok ni..
midwife masuk n tengok.
masa tu mcm kelam kabut

midwife: eh.. jangan teran dulu..
then dia jerit prepare alat
aku dengar je dia ckp mcmtu tetiba aku nak nangis.. haha aku tak tau kenapa.. mungkin sebab sakit tak tahan n ada perasaan takut

midwife: eh jangan la nangis bila saya ckp prepare barang..

nurse dari luar masuk bukak almari dia. ada sekumpulan doc pelatih yang baru tagging datang.. masa tu alamak takkan dia nak tgk. tapi sekejap je dia dtg jenguk mungkin kelahiran yg biasa xda komplikasi kot. diaorg pun keluar.. masa tu. thank god. haha

8.55 nurse minta utk teran.. 2x teran tak berjaya.. nafas tak panjang..walaupun nurse dah suruh curi nafas masa teran.. aku dah start geleng kepala dalam hati nak je cakap tak boleh..

husband cheer up.. dia kata boleh.. cuba buat mcm amar ar razi dulu..

lepas dia ckp mcm tu.. surge datang and aku tarik nafas panjang n teran lama giler.. sempat curi nafas beberapa kali.. terus baby keluar dgn selamatnya pukul 9.03 malam.. nangis kuat.. tak payah teran kepala lain teran bahu lain..

husband tengok and cakap macam muka ayang la..

potong tali pusat n dia letakkan atas dada..

husband pun keluar menunggu kat bilik menunggu

nurse keluarkan darah beku.. this time lama juga dia keluarkan darah beku.. banyak kot.. aku dah cuak takut kes lama berulang lagi.. lepastu dia nak jahit..

aku request local bius before jahit.. nasib baik dia bagi..hihi.. jahit sikit je.. first degree tear.. nurse siap tanya kawan dia nak jahit ke x ni.. kawan dia ckp em jahit je la satu dua stitch.. so i guess i breath out my baby dgn selesanya sbb takda koyak banyak..

lama baby kat dada.. lepas siap dia jahit nurse dtg nk amik baby.. nak bersihkan n check baby..

siap nurse bersihkan aku.. dia pun nak tolak ke ward and cleaner nak bersihkan bilik tu. tp lama jgk tunggu kat luar labor room..

then husb pun datang dari bilik menunggu.. dia kata eh org tu tak panggil pun.. tadi dia kata dah siap nak panggil.. husb tanya baby belum azan ni.. masa tu aku tak dan nak fikir.. haha mcm nk cepat naik ward sbb dah sakit punggung baring dr td.. husb datang kat baby n bisik azan dan iqamah..

nurse bagi waran kat suami minta suami tunggu kat ward and bawa barang isteri dan anak..

pukul 11 kot baru settle kat ward ( settle  maksudnya : dah pergi toilet, tukar pad, susun barang etc)

lps dia buatkan air panas,, dia pn balik.. then dia bgtahu amar ar razi tido kat taska sbb teacher dia dah tidur.. esok pagi2 dia hantar baju kat taska then datang hosp utk check me dulu then balik baru dia amik anak..

dalam pukul 9 dia amik anak.. menangis anak tgk ayah dia..  yelah mana pernah kena tinggal..
husband distracted him with tv while husband pun duk bersihkan uri n menggali tanah utk tanam..

settled..

alhamdulillah kelahiran kali ni sangat senang n dipermudahkan...

so ada berapa perkara yang cross in my mind yang trigger my labor..
i was hoping i will deliver the baby earlier because of 2 reasons:
 - afraid of being induced since im a gdm mother on control diet ( must delivered on edd)
- afraid of big growing baby inside and experiece a traumatic labor like previous

so i did this:
1. exercising myself everyday ( google)
2. took vco softgel by d'aura starting 8 months
3.perform hajat prayer every day starting 38w ( hanya allah tempat berserah selepas usaha)
4. took pure air kelapa muda ( no ice no sugar)
5. two things i did on the night before the deliver day is: minum satu jag air coconut shake (buat sendiri, takda gula.hanya aiskrim saje) and pump breast stgh jam)

siapa2 nak induce labor boleh try tips ni..hihi

My 2nd Wonderful Labor Experience Part 1

11 am : arrived at hospital shah alam. went to PAC,

Nurse: ya, kenapa puan datang
Me ; perut saya mengeras je dari pagi
Nurse: mengeras je?? ( dalam nada sinis)
Me : ya
Nurse : berapa timing?
Me : dalam 10 minit sekali
Nurse : puan kalau dah 10min sekali. dah 5 cm. puan xda duduk rilek2 mcm ni

(me like daaaa i have delivered once. lagipun setiap progress masing2 kan tak sama. mcm mana dia boleh pukul rata je.. check pun belum)

Nurse: puan. sistem kami tgh down. lambat sikit la.. ni nak bagitau ni. puan inform suami puan,, ward penuh tau, yg datang semalam pun tak dapat katil lagi. tak boleh masuk teman isteri dlm labor room dari awal tau. bila dh 9cm  baby dah nak keluar baru kita panggil husband masuk.

lagipun kita hospital baru. hospital daerah je. kita ada limit dalam sistem. bila ramai patient yang datang sistem dah penuh..kita tak boleh buat apa..

Me: ya saya tahu. sebelum ni pun saya pernah bersalin di hospital serdang. hospital kerajaan

Nurse: tapi puan serdang hospital besar.. kakitangan ramai.. kita ni ada 2 doktor je.. ward pn ada 8 je. suami plak boleh masuk tunggu puan dari awal.. saya tau la sbb sy pernah kerj kat labor room kt serdang tu.. puan kena call and bagitau dia sebab kita tak nak suami marah2 kita, bukan tak pernah. selalu je kitorang kena.. ini sebab suami tak well informed. so kita tak nak la jadi mcm tu. so puan terangkan betul2 dgn suami

Me: ..... (diam) and texting husband kat luar bagitau ( utk cukup syarat je)
dalam hati. ya allah kenapa la aku dapat nurse kerek mcm  ni hari ni. previously dtg sini nurse layan elok je.. nurse tu preggy pn boleh ckp elok2..

12pm: still waiting for bed available  for CTG

tingkat bawah PAC hanya ada 3 katil (kalau tak silap) untuk nurse check CTG, check bp and urin,
and during that time. satu CTG x available sbb tengah maintenance..

i sit silent on the chair.. every time perut mengeras terasa jugak la.. berkerut juga dahi.. lepas tu nurse yang kerek tadi perasan muka kita n mcm tak senang duduk.

she said. puan kejap ye. kita tunggu katil kosong.. lepas ni turn puan..


la.. boleh pun cakap baik2.. takut la tuu tgk kita mcm ni.hahaha..

husband keep texting me. doc dah check ke..berapa cm. check menda.. satu benda pun tak buat lg.. haha.. i replied sistem diorg down. jd lagi lambat.. ni macam lama je.. takpe ke. nak balik office dlu ke..

1.30pm : finally bed available.. perut mengeras pun rasa macam dah hilang je..

strapped with CTG machine about one hour++. sbb CTG tak cantik. baby tidur,, sangat lama ok.. sekejap nurse suruh mengiring ke kiri. terlentang.. bengkokkan lutut.. haha.. adoi. sengal dah punggung ni..

2.30pm : went to level 4.

level 4 ada beberapa bed untuk examination.. ada CTG machine.. n ada bilik scan.. kat sini tempat menunggu untuk buat VE and menunggu ward atau labor room. labor room sangat dekat..

compare to serdang.. tingkt bawah tempat check semua.. labor room on the same level tapi tak dekat sangat..

tapi di shah alam sgt dekat sampaikan boleh dengar ibu yg tengah active phase menjerit2.. bergema kat situ..

aku? seriusly SERAM gila tgk situasi tu. 2nd time bersalin lg nervous ok.. sebab kita dah tau sakit dia mcm mana..

3pm: still waiting to be checked. masih dengar ibu tadi menjerit2.. lepastu dengar doc jerit push dari tadi. ish lama nya.. lepastu nampak nurse bawak sorang lelaki berbangsa chinese.. i guess itu lah husband wanita td..

dalam 10minit la dengar terjerit..dengan suara lelaki td duk cheer his wife up..
lepastu nurse, doc dukung bayi berlari2 and husband dia pun berlari2 ikut.. .. mungkin nurse nak buat resuscitation and dia minta husband tu tunggu kat bilik menunggu..

husband tu muka cuak and tanya nurse macam mana baby tu.. nurse replied jangan risau ya. doc akan check baby.. jgn risau..

another doc came up to the counter and sembang dgn nurse sebelah baby dia lahir flat tak nangis..

within 5 mins baru la dgr baby tu menangis kuat..

seriously tgk situasi mcm tu depan mata.. mmg SERIAU.. i text husb bagitau secara roughly apa jadi, and i hope this is false alarm. i DONT want to deliver my baby here... nak pergi serdang..

my husband replied.. ok je kalau nak pergi serdang.. tak kisah....

3.15pm : my name was called..

Puan baring katil sana.. kita nak check..

doc tanya la apa berlaku n history yg lepas..

VE done.. muka doc mcm confius je..

Doc: rumah puan kat mana? dekat tak.. berapa min..
Me: dalam 10- 15 minit hosp dengan rumah
Doc: ada orang la kat rumah boleh hantar pergi hospital?
Me; Yes, ada..
Doc: erm.. ok.. dah 3 cm ya puan. ok sy dah siap check. nanti tunggu kt depan eh

doc sit at the counter and call me..

Doc: puan masuk ward eh dah 3 cm.. tp ward penuh. kene tunggu kat kerusi dulu.
Me; boleh tak saya nak balik rumah dulu
Doc: tak boleh puan, ini kandungan ke 4 anak ke 2. puan dah buka 3 cm. sy tak boleh discharge puan. melainkan kalau puan nak pergi hospital lain..
Me: ok kalau mcm tu saya nak pergi serdang?
Doc: boleh, kalau puan nak ke serdang saya buatkan surat rujukan..
Me: tq doc

about 15minit. doc dah siap tulis.. nurse panggil. ni buku pink puan and doc dah siap tulis dalam ni.. terus ke serdang ye.. kita tak tau bila puan akan bersalin..

dalam hati happy giler kot.. sbb dapat discharge.. sbb dah tawar hati nak bersalin situ. menyeramkan..hihih..

pass counter PAC kat level bawah. pandang nurse kerek tu. dalam hati cakap.. nurse saya dah buka 3cm la.. n ctg reactive kot.. ambik balik ayat awak td perli2 saya dalam nada sinis td..

performed zuhur prayer and went to Pak Li kopitiam seksyen 7.. beli nasi ayam lemon..
tapau and break my fast dalam kereta.

and straightly go to serdang..

texted teacher at taska, informing her to look after my son today..

to be continued........................


My 2nd Little Caliph

Hi all

I have delivered my second child.. and it is a.........





yes its a boy,
 i have 3 gentleman in the house and im the only queen..


Introducing....


3.34 kg, 34 cm of head circumference, 51 cm long
07 June 2016, 9.03 pm  SVD, delivered at Hospital Serdang

we named him as 
ZAHIN AL HAZEN BIN AB RAHMAN


why Serdang?? haha wait for my another write up